Jabatan Perhutanan Kelantan menggunakan dron bagi memantau aktiviti pencerobohan hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Chabang Tongkat, hari ini.
Jabatan itu mengakui penggunaan dron amat efektif dalam memantau aktiviti pencerobohan hutan terutamanya di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini.
Ia sudah dimulakan pada beberapa tahun yang lalu dan terbukti dapat mengesan kegiatan pembalakan haram malah berjaya menghalang pembalakan secara berleluasa. - Foto Bernama