'Memang Alli tak gembira'

Iklan
Dele Alli

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui Dele Alli tidak gembira selepas dia tidak memasukkan pemain itu ketika Spurs melakar kemenangan 2-0 ke atas Antwerp dalam aksi terakhir Kumpulan J Liga Europa awal pagi tadi.

Alli dilihat meninggalkan bangku simpanan selepas Mourinho melakukan lima pertukaran pemain yang menyaksikan dia tidak dimasukkan walaupun pemain tengah England itu terdesak mendapatkan minit bermain.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu lari daripada realiti. Seseorang pemain yang menyedari tidak akan akan dimasukkan sudah tentu tidak akan rasa gembira. Saya juga tidak menjangkakan dia akan gembira dengan keputusan saya itu," katanya.

Alli tidak menjadi pemain pilihan Mourinho musim ini selepas dia sering disisihkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mahupun di saingan Liga Europa.

Iklan

Dalam perlawanan tersebut, Spurs yang telah layak ke pusingan seterusnya mendapat kemenangan mudah menerusi gol Carlos Vinicius dan Giovani Lo Celso.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Mourinho mengakui ia bagaikan satu pentas eksperimen buatnya menguji beberapa gandingan pemain.

Iklan

"Perlawanan menentang Antwerp terbuka dan saya sudah memikirkan beberapa pertukaran walaupun kami boleh menang mudah.

"Saya mahu gandingan Harry Kane, Son Heung-min dan Tanguy Ndombele bermain sebab itu saya masukkan mereka. Mereka mempunyai intensiti kerana mereka bermain minggu demi minggu.

"Kami berjaya memastikan Antwerp tidak dapat masuk ke kawasan kami dan Joe Hart tidak melakukan sebarang aksi menyelamat.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat membuat (seluruh) pasukan gembira. Saya percaya mereka gembira kerana kami menang tetapi mereka tidak gembira kerana mereka tidak bermain," katanya.