Kebanyakan pesakit Covid-19 di Selangor tidak bergejala: Exco

Iklan
Petugas kesihatan mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas penduduk yang hadir ketika tinjauan di Dewan Orang Ramai Meru 3 Klang. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Saringan besar-besaran yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama kerajaan negeri Selangor antara faktor angka kes baharu Covid-19 merekodkan jumlah tertinggi pada Khamis.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, keputusan itu sudah dijangka kerana wabak itu sudah berada dalam kalangan komuniti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebanyakan kes positif dilaporkan semalam melibatkan individu yang tidak bergejala.

"Sebab itu, saya berpendapat mereka yang positif dan tidak bergejala, tidak perlu dimasukkan ke hospital dan menjadi sebahagian dalam statistik dilaporkan.

Iklan

"Individu ini sihat dan apa yang perlu dilaporkan menerusi statistik sepatutnya melibatkan kes positif bergejala atau mempunyai simptom," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor catat kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini

Lima kluster dikesan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor

Mengulas lanjut, Mariah berkata, kerajaan negeri akan meneruskan saringan Covid-19 di kawasan Meru Courts melibatkan kira-kira 2,000 penduduk pada hujung minggu ini.

Iklan

Beliau berkata, menerusi saringan komuniti bersasar sekitar Meru sebelum ini, seramai 500 penduduk terlibat dan lapan daripadanya positif.

"Saya menjangkakan trend peningkatan kes baru akan berterusan dengan kelonggaran diumumkan kerajaan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Mariah berkata, masyarakat perlu sedar dengan risiko Covid-19 dan dinasihatkan berhati-hati terutamanya melibatkan golongan berisiko.

"Bagi orang muda yang sihat dan kuat, risikonya rendah namun mereka yang berusia serta mempunyai penyakit kronik perlu berhati-hati dan mengelakkan berkumpul beramai-ramai dalam kenduri atau perhimpunan," katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan sebanyak 1,428 kes baharu Covid-19 berpunca daripada kluster sedia ada dan beberapa kluster baharu.