Norma baharu di pasar raya

Iklan
Pengunjung yang membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika tinjauan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus membudayakan norma baharu termasuk ketika membeli-belah di pasar raya sempena promosi dan jualan harga murah yang ditawarkan untuk perayaan Krismas dan jualan akhir tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hasnol Zamzam Ahmad dalam satu kenyataan berkata kempen jualan daripada komuniti perniagaan sedang rancak dilaksanakan berikutan pelbagai kelonggaran yang dibenarkan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Foto Bernama