Belanjawan Melaka ada agenda tersirat: Pembangkang

Iklan
Adly Zahari

MELAKA - Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendakwa Belanjawan Melaka 2021 yang diluluskan semalam mempunyai agenda tersirat dan tidak relevan.

Ketuanya, Adly Zahari berkata, ia adalah peruntukan bagi persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang memandangkan bajet kepada Pejabat Ketua Menteri dinaikkan kepada RM5 juta berbanding RM3.15 juta pada zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bajet berkenaan juga memberi tumpuan kepada operasi tertentu yang tidak dijelaskan kerajaan negeri apabila memperuntukkan kira-kira 74.68 peratus bagi bajet operasi berbanding tumpuan untuk rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sekali gus bercanggah dengan model bajet yang biasa dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi.

"Kebimbangan saya bajet ini dirancang bagi tujuan PRU akan datang kerana kita boleh lihat dan kita juga pernah duduk di tempat Ketua Menteri jadi kenaikan dari RM3 juta ke RM5 juta itu adalah persediaan PRU," katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Iklan

Semalam, persidangan DUN Melaka meluluskan Belanjawan Melaka 2021 berjumlah RM5 juta untuk mendepani pandemik Covid-19.

Belanjawan Melaka 2021 dengan tema Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagiakan Rakyat, Menggamit Dunia' itu dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada hari pertama persidangan ketiga penggal ketiga DUN Melaka ke-14 kelmarin.

Iklan

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, beliau turut melahirkan kekesalan apabila peruntukan pembangunan pendidikan Islam turut dikurangkan sebanyak 22 peratus iaitu hanya RM11.4 juta pada tahun depan berbanding RM14.7 juta pada Belanjawan Melaka 2021.

Menurutnya, Sulaiman yang maklumkan puncanya adalah kerana penggunaan bersama kelas pembelajaran antara sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan sekolah kebangsaan (SK) yang menyebabkan bajet pembangunan itu dikurangkan sukar diterima kerana walau apa yang berlaku infrastruktur pembangunan di bawah JAIM tetap perlu diteruskan.

"Kita tahu ketika Covid-19, infrastruktur pembangunan Islam JAIM itu sendiri mesti ditambah baik, pada masa sama infrastruktur pendigitalan dalam kalangan jabatan juga mesti dipertingkatkan dan tak patut dikurangkan," katanya.

Sementara itu, Sulaiman menafikan dakwaan itu dan beranggapan ia adalah pandangan masing-masing.

"Saya buat khusus untuk rakyat supaya menerima limpahan ekonomi malah lebih RM54juta daripada bajet ini saya serahkan kembali kepada rakyat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bentang Belanjawan 2021 berjumlah RM520.86 juta

Belanjawan Melaka 2021 didakwa tidak realistik