Setiap sen wang zakat akan dimanfaatkan untuk asnaf

Iklan
Zulkifli

SHAH ALAM - Setiap sen wang zakat yang dipungut di Wilayah-wilayah Persekutuan akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau telah meneliti dan ambil maklum Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia adalah tanggungjawabnya kepada umat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

"Ini adalah amanah daripada ALLAH SWT kepada saya yang baru memegang jawatan ini untuk memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM14 juta agihan zakat asnaf fisabilillah tidak digunakan

"Segala syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebanyak RM14.73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan oleh MAIWP bagi tujuan sepatutnya dan yang memerlukan mengikut keutamaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 3 memaklumkan bayaran agihan itu disalurkan kepada agensi kebajikan dan ia tidak mengikut maksud asnaf fisabilillah yang sepatutnya.