Maut tersepit ketika cuba sendal tayar treler bergerak

Iklan
Mangsa maut tersepit antara treler dan lori ketika cuba menyendal tayar yang bergerak secara tiba-tiba di R&R Kulai arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai hari ini.

KULAI - Seorang pemandu maut tersepit antara treler dan lori di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 petang itu, Suhaimi Abd Rahim, 59, yang memandu treler jenis Mitsubishi Fuso berhenti di R&R tersebut berhampiran sebuah lori jenis Hicom.

Iklan
Iklan

Walaupun sudah diparkir, treler tersebut mengundur secara tiba-tiba dan mangsa yang melihat kejadian itu mengambil kayu untuk diletakkan pada bahagian bawah tayar bagi menghalang daripada terus bergerak.

Semasa cuba menyendal tayar treler berkenaan yang terus mengundur, mangsa tersepit di tengah-tengah antara dua kenderaan berat tersebut.

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman berkata, anggota bomba mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Iklan

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir untuk memberi bantuan kecemasan. Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan masalah brek namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada jam 2.21 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.