Sepasang pengantin mengabadikan kenangan manis pada hari perkahwinan mereka dengan memanjat tebing batu setinggi 15 meter di Keriang Xtreme Park.
Pasangan pengantin baharu Nur Izati Akmal Nazrilazdin, 23, dan Wan Abdul Hamid Wan Harul, 23, teruja dapat merakamkan sesi fotografi luar atau ‘outdoor photography’ di Gunung Keriang. Wan Abdul Hamid dari Sibu, Sarawak bertugas sebagai seorang guru di sana manakala Nur Izati bertugas sebagai guru di Cheras.