Tak perlu undi tak percaya

Iklan
Muhyiddin

BANYAK orang setuju dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di JPM bahawa buat masa ini tak timbul isu Tan Sri Perdana Menteri hilang kepercayaan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang bangkitkan soal 25 usul tak percaya yang dibawakan oleh Ahli Parlimen terhadap Tan Sri Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Awang setuju dengan Tuk Takiyuddin, kalau betul banyak ahli Parlimen tak setuju, mana buktinya? Heboh-heboh kononnya majoriti ahli Parlimen tidak sokong ‘bajet’ tak berlaku.

Pada peringkat dasar nak dapatkan 15 ahli Parlimen bangun untuk tolak ‘bajet’ itu pun tak dapat.

Iklan

Ada pula cerita ketua pembangkang jumpa Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Kononnya dia ada jumlah ahli Parlimen untuk sokong dia ambil alih kerajaan.

Mungkin bayang-bayang pun dia kira sekali. Tapi entah siapa yang sokong sebab Tuanku tidak diberikan nama mereka.

Iklan

Nampaknya, melainkan beberapa pindaan pada peruntukan kecil, ‘bajet’ semua kementerian lulus pada peringkat jawatankuasa.

Jadi siapa yang tolak Tan Sri Perdana Menteri? Tuk Takiyuddin buat keputusan yang betul. Patutnya pembangkang sendiri yang cari salah mereka.

Langkah daripada awal tak betul. Mungkin salahnya pada orang yang menjadi ketua mereka. Strategi kelam-kabut.

Sekarang pembangkang kena jawab kepada pengundi mereka mengapa itu boleh terjadi.