SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan ucapan tahniah kepada warga Masjid Putra, Putrajaya termasuk pengurusannya yang bukan sahaja komited, malah memberi penekanan dalam mematuhi aspek Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) ketika menunaikan solat Jumaat, semalam.
Beliau menerusi Facebook dan Twiter memaklumkan telah menerima kiriman gambar-gambar suasana solat Jumaat di Masjid Putra yang tular semalam dan mendapat pujian di media antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Ia menggambarkan disiplin umat Islam di Malaysia dalam mematuhi SOP yang diputuskan oleh kerajaan dan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
"Tahniah saya ucapkan kepada warga Masjid Putra terutamanya Ustaz Ikmal Zaidi Hashim, Imam Besar Masjid Putra dan seluruh jawatankuasa Masjid. Tidak dilupakan kepada petugas-petugas muslimah yang menyusun kasut dan selipar, insya ALLAH, jika ada masa yang sesuai saya ingin bertemu barisan petugas muslimah ini," tulisnya.
Kasut para jemaah juga disusun secara teratur dengan penjarakkan oleh petugas muslimah.
Beliau berkata, masjid dan surau di Malaysia adalah contoh terbaik pematuhan SOP bagi tempat-tempat yang ada perhimpunan awam di seluruh Malaysia.
Katanya, masjid dan surau juga adalah tempat yang paling selamat dan bersih.
"Perkara ini penting bagi menentukan tahap risiko jangkitan Covid-19 (koronavirus). Sama-sama kita doakan semoga wabak ini beransur hilang dan kita dapat kembali mengimarahkan seperti sebelumnya," kata beliau lagi.
Artikel Berkaitan