Perang mulut isu air mentah perlu dihentikan: Kon Yeow
Iklan
Kon Yeow (berdiri di atas, kiri) ketika melakukan gimik pecah tanah kilang Iconic Medicare di Batu Kawan pagi tadi.
BATU KAWAN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak mahu isu sumber air mentah di Ulu Muda terus menjadi polemik antaranya dengan Menteri Besar Kedah sehingga memberi gambaran buruk dan bahan ketawa rakyat.
Sebaliknya beliau mahu perang mulut yang berlarutan sejak beberapa hari ini ditamatkan kerana pihaknya telahpun mengadakan rundingan dengan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai perkara ini pada Oktober lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, daripada mengeluarkan kenyataan sesuka hati dengan perkara yang akan diketawakan rakyat lebih baik rundingan diadakan supaya perang mulut ini dapat dihentikan.
"Kita perlu jaga imej kita sendiri, janganlah sewenang-wenangnya menyuarakan perkara yang rakyat akan rasa lucu dan mengecewakan. Saya pasti rakyat di kedua-dua negeri tidak mahu melihat perang mulut ini di dalam media.
Iklan
"Tetapi ingin saya tegaskan di sini isu sumber air mentah adalah di bawah kerajaan Persekutuan dan menteri berkaitan juga sudah menyatakan salah satu agendanya adalah memastikan semua negeri mendapat sumber air mentah yang mencukupi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu Kon Yeow hadir menyempurnakan majlis pecah tanah kilang pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE), Iconic Medicare di Taman Perindustrian Batu Kawan.
Iklan
Sementara itu, Kon Yeow sekali lagi menegaskan yang Pulau Pinang mengekstrak air mentah dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang yang terletak di wilayah Pulau Pinang.
Disebabkan itu, Pulau Pinang tidak menurut tuntutan bayaran RM50 juta setahun yang dibuat kerajaan Kedah.
Bagaimanapun, beliau mengulangi sokongannya terhadap kerajaan Kedah untuk menuntut pampasan daripada kerajaan Persekutuan kerana menggazetkan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air sekali gus tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam