Petugas Pejabat Kesihatan Sandakan mengambil sampel dari hidung seorang penduduk pada Operasi Bersepadu di Pulau Berhala hari ini. Operasi Bersepadu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama 13 agensi penguatkuasa melibatkan 145 anggota adalah untuk meneruskan program 5 inisiatif yang dilancarkan iaitu melaksanakan saringan bersasar di Pulau Berhala yang merekodkan kluster baru jangkitan COVID-19 selain membuat disinfeksi terhadap bot penambang dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan dengan pendemik COVID-19. - Foto Bernama
Sampel Ujian COVID-19
Iklan