Menunggang E-Scooter

Iklan

Kelihatan pengunjung menunggang E-Scooter (skuter elektrik) ketika tinjauan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di ibu kota hari ini.

Polis Kuala Lumpur akan mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang menunggang E-Scooter (skuter elektrik) di atas jalan raya yang menjadi trend baharu orang ramai mulai 1 Januari depan.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata pihaknya banyak menerima aduan orang awam mengatakan banyak penunggang skuter itu bermain di atas jalan raya dan tidak menunggang di tempat yang digazetkan seperti taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kaki lima.