Pekerja tapak pembinaan maut tertimbus tanah runtuh

Iklan
Mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek Pusat Pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, Indera Mahkota, Kuantan hari ini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto: JBPM PAHANG.

KUANTAN - Seorang pekerja pembinaan maut akibat tertimbus tanah runtuh di tapak projek Pusat Pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, Indera Mahkota di sini hari ini.

Mayat mangsa warga Bangladesh itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang oleh anggota bomba yang menggerakkan operasi menyelamat selepas menerima maklumat berhubung kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Kanan Bomba I Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang sebelum mengerahkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pencarian dibantu dua jengkaut milik pihak pemaju untuk kerja-kerja penggalian bagi mengesan mangsa.

Iklan

"Mangsa berjaya ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan," katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan