Balak dengan nilai royalti RM1.09 juta dirampas di Sarawak

Iklan
Pelbagai spesies balak dengan nilai royalti RM1.09 juta yang melibatkan aktiviti pembalakan haram telah dirampas di Sarawak dari Januari sehingga 20 November tahun ini.

KUCHING - Sejumlah 18,826 meter padu balak pelbagai spesies dengan nilai royalti RM1.09 juta yang melibatkan aktiviti pembalakan haram telah dirampas di Sarawak dari Januari sehingga 20 November tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini berkata, dalam tempoh tersebut, 79 kes pembalakan haram telah disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015, dengan 13 kes daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah dan empat kes dimenangi kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kes melibatkan 63 suspek (ditangkap) dan 57 peralatan atau mesin disita. Sebanyak 40 kes adalah dari operasi yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak (FDS) dan operasi antara agensi, 22 kes dari maklumat awam dan 17 kes yang dirujuk oleh agensi penguatkuasaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, FDS juga telah menubuhkan Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) bagi meningkatkan inisiatif membanteras pembalakan haram.

Iklan
Iklan

"Mengakui operasi penguatkuasaan memerlukan maklumat dan waktu yang tepat, kerajaan negeri memanfaatkan penggunaan teknologi canggih dalam memerangi pembalakan haram,” kata Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli II Sarawak. - Bernama