Covid-19: Kluster Jalan Abell di Kuching tamat

Iklan

KUCHING - Kluster Jalan Abell di daerah Kuching diisytihar tamat hari ini apabila tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataannya berkata, jumlah kes positif melibatkan kluster itu ialah 15 orang termasuk kes indeks.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini juga tiada kluster baharu dilaporkan dan hanya tiga kluster masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, daerah Serian dan Kuching kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan tiga kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas iaitu dua kes di Serian dan satu di Kuching, sementara 38 daerah lain di Sarawak kekal berstatus hijau. - Bernama

Iklan
Iklan