Peniaga rugi RM70,000 diperdaya sindiket nombor ramalan

Iklan
Seorang peniaga berusia 66 tahun rugi RM70,000 apabila diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan yang didalangi dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia pada Jumaat yang mendakwa kononnya mangsa berjaya memenangi RM1 juta. Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang peniaga berusia 66 tahun rugi RM70,000 apabila diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan yang didalangi dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia pada Jumaat yang mendakwa kononnya mangsa berjaya memenangi RM1 juta.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian berlaku pada 9 Disember lalu ketika mangsa berada di sebuah kedai di Mentakab pada masa itu didatangi dua lelaki yang mendakwa mangsa mempunyai nasib yang baik.

Iklan
Iklan

"Suspek kemudian menasihati mangsa supaya membeli nombor ramalan kerana peluang untuk menang amat cerah.

"Mangsa percaya lalu menyerahkan RM10 kepada suspek dan meminta lelaki itu membantu membelinya,” katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Wazir berkata, suspek yang kemudiannya kembali menemui mangsa sebelum menyerahkan tiket dalam keadaan berlipat dibungkus dengan balutan kertas dan plastik.

"Suspek mengarahkan mangsa supaya tidak membuka balutan itu sebaliknya meminta mangsa menemui suspek dua hari kemudian di hadapan sebuah kedai perkakasan di bandar Mentakab untuk membuka balutan tiket nombor ramalan tersebut,” katanya.

Iklan

Menurutnya, mangsa kemudian datang menemui suspek sebelum lelaki itu membuka tiket tersebut di hadapannya.

"Hasil semakan melalui keputusan nombor ramalan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina mendapati mendapati nombor dibeli mangsa memenangi hadiah tempat pertama.

"Mangsa diminta keluarkan RM70,000 untuk urusan upacara kesyukuran dan suspek akan menyerahkan tiket tersebut kepada mangsa selepas bayaran itu dibuat. Mangsa yang akur kemudiannya menyerahkan wang itu kepada suspek pada hari sama,” katanya.

Tambahnya, selepas bayaran itu dibuat mangsa meminta tiket tersebut untuk menebus wang dimenanginya, namun suspek gagal menyerahkan kerana terlupa sebaliknya berjanji berbuat demikian keesokan harinya.

"Bagaimanapun selepas itu, mangsa gagal menghubungi suspek lalu syak telah ditipu. Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.