Tempoh kuarantin dipendekkan kepada 10 hari mulai esok

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.

Iklan
Iklan

"Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.

"Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan," menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, sehingga kini, beberapa negara telah menyemak semula tempoh kuarantin wajib masing-masing.

"United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala Perancis pula telah mengambil tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari," katanya. - Bernama

Iklan

AKAN MENYUSUL