Kegembiraan sambut Tahun Baru Cina terbantut, tempat ibadat terbakar

Iklan
Keadaan di bahagian tempat ibadat yang terbakar dalam sebuah rumah di sini pagi tadi

DAMANSARA - Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina hari ini terbantut apabila tempat ibadat di ruang tamu rumah didiami di Jalan Cemara 3/3B, Bandar Sri Damansara di sini, terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 4.35 pagi.



Iklan

Iklan
Iklan

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi diketuai Ketua Operasi, Zairul Afzan Ishak.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kawasan tempat ibadat yang terletak di ruang tamu rumah berkeluasan 10 x 20 kaki persegi.

Iklan

"Api dipadamkan penghuni dengan bantuan jiran, anggota bomba yang berada di lokasi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan tiada lagi punca api," katanya.