Pantai PD semakin meriah

Iklan
Pantai Teluk Kemang mula dipenuhi pengunjung untuk bermandi manda

PORT DICKSON - Pantai peranginan negara, Teluk Kemang kembali meriah dipenuhi pengunjung sejak dua hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian hari ini mendapati, Dataran Teluk Kemang dipenuhi orang ramai yang datang untuk bermandi-manda.

Iklan
Iklan

Pengusaha khemah dan bot yang hanya mahu dikenali sebagai Amy berkata, pengunjung mula memenuhi Pantai Teluk Kemang sejak Jumaat lalu dan semakin ramai pada Sabtu dan Ahad.

Katanya, selain Pantai Teluk Kemang, Pantai Port Dicokson juga semakin ramai pengunjung sejak kerajaan membenarkan rentas negeri Selasa lalu.

Iklan

"Sebelum ini kedua-dua pantai ini hanya dikunjungi penduduk tempatan tetapi sejak dua hari lalu Alhamdulillah pengunjung sudah mula memenuhi pantai dan semakin meriah dengan orang mandi-manda,"katanya kepada Sinar Harian.

Pengunjung mula memenuhi Pantai Teluk Kemang sejak Jumaat lalu dan semakin ramai pada Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, peniaga pakaian, Hasnizah Husain, 40, berkata jualan perniagaannya semakin baik berbanding dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Iklan

"Kalau dulu nak dapat RM20 sehari pun susah. Kami menunggu pelanggan masuk ke kedai namun sejak Jumaat lalu Alhamdulillah ada perubahan," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia faham bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB sangat penting untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, walaupun sebelum ini rentas negeri tidak dibenarkan, dia tetap menjalankan perniagaan seperti biasa walaupun tahu tiada pelanggan datang ke kedai.