Sindiket loteri haram tumpas

Iklan
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di Subang Perdana hari ini.

SUBANG JAYA - Polis membongkar helah sindiket loteri awam haram yang berselindung di sebalik kedai aksesori telefon bimbit dan komputer dalam serbuan di tiga lokasi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya membuat serbuan secara serentak pada jam 4 petang di empat premis di Subang Perdana, Subang Mewah dan USJ 3 di sini.

Iklan
Iklan

"Kita menahan sembilan individu termasuk tiga wanita berusia antara 20 hingga 47 tahun," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di Subang Perdana di sini hari ini.

Abd Khalid berkata, individu yang ditahan itu merupakan pemain loteri awam haram dan penjaga premis berkenaan.

Iklan

"Mereka yang ditahan itu terdiri daripada dua lelaki tempatan serta tiga wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai penjaga, manakala empat pemain pula membabitkan tiga lelaki warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Myanmar,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas empat mesin pencetak, 41 kertas nombor loteri awam haram serta wang tunai berjumlah RM1,759 dalam serbuan itu.

Iklan

"Siasatan awal mendapati ada premis yang menyediakan ruang khas di belakang kedai sebagai lokasi pemain membeli nombor loteri, malah ada juga yang berani melakukan urusan itu di depan kedai,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati pemain bebas melakukan pertaruhan tanpa had dengan jumlah pertaruhan serendah RM1.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.