Kelantan Warriors resah

Iklan
Kelantan Warriors kini menduduki tangga kedua Liga Premier STL 2020.

Saingan Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Premier 2020 yang akan disambung semula esok ternyata meresahkan kem Kelantan Warriors gara-gara mereka tidak dapat menjalani latihan yang secukupnya.

Pengurus Kelantan Warriors, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan berkata, kesemua pemain terpaksa mengadakan latihan secara individu sepanjang tempoh ‘rehat’ sebelum ini dalam usaha mengekalkan stamina dan kecergasan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Seorang pemain kami berada di Perak manakala tiga lagi bersama skuad kebangsaan. Jadi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lalu, mereka tidak dapat menjalani latihan bersama-sama.

"Namun, saya sangat berharap kesemua pemain terlibat sudah pun bersedia selain melakukan latihan sendiri sebagai persediaan bagi mengharungi aksi STL nanti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

Sebagai rekod, Kelantan Warriors kini berada di tangga kedua Liga Premier apabila merekodkan 10 mata - ketinggalan dua mata di belakang Kuala Lumpur Thunders selaku pendahulu.

Dalam pada itu, Ahmad Syazwan berkata, menjelang aksi berdepan PDRM Defenders di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur esok, beliau berharap anak-anak buahnya mampu menjelmakan keputusan positif.

Iklan

"Persediaan hasil latihan yang diadakan sendiri oleh pemain-pemain sebelum ini diharap dapat membantu mereka bagi mengharungi perlawanan itu nanti. Kemenangan itu penting bagi membakar semangat mereka meneruskan baki saingan STL kali ini,” jelasnya.