Lapan bulan ulang pakai pelitup muka sama
Iklan
Pelitup yang diulang pakai oleh keluarga Jaafar sebelum dibuang selepas menerima kunjungan beberapa NGO ke rumahnya di Lorong Masjid Batu 3, Tandop, Alor Setar baru-baru ini.
ALOR SETAR - Sebuah keluarga di Lorong Masjid Batu 3, Tandop, Alor Setar terpaksa menggunakan pelitup muka yang sama sejak awal lapan bulan lalu kerana tidak mampu membeli yang baharu.
Jaafar Sirat, 59, berkata, dia sekeluarga tahu pelitup muka tidak boleh digunakan berulang kali namun tidak mempunyai pilihan lain dan akan dibasuh selepas menggunakannya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pada awal kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia hanya mampu membeli sekotak yang mengandungi 50 keping.
"Harganya ketika itu sangat mahal. Kami ulang pakai pelitup yang sama dan membasuhnya sehingga menerima sumbangan beberapa kotak daripada NGO (badan bukan kerajaan) Gabungan Pelajar Melayu Semanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah yang berkunjung ke sini.
Iklan
Jaafar memberitahu, dia tidak bekerja sejak tahun ini dan tiada pendapatan kerana perlu menjaga isteri, Sarina Hashim, 35, yang menghidap kencing manis kronik.
"Bantuan bulanan wang zakat sebanyak RM300 digunakan sebaik mungkin untuk menampung kehidupan harian termasuk kos persekolahan anak kami, Muhammad Iman Nabihan, 10," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Iklan
Lebih menyedihkan kediaman mereka juga hanya ada ruang tamu dan tandas sahaja.
Sarina, Muhammad Iman Nabihan dan Jaafar ketika ditemui di rumah mereka di Lorong Masjid Batu 3, Tandop, Alor Setar hari ini.
Jaafar bagaimanapun bersyukur NGO terbabit turut menyumbang basikal baharu untuk kegunaan harian seperti mengangkut air, membeli makanan serta menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman sejauh dua kilometer.
Jaafar yang berhenti kerja sebagai tukang sapu di sebuah syarikat swasta pada penghujung 2019 berkata, dia menggalas tugas harian sepenuhnya termasuk memasak kerana isterinya semakin lemah untuk bergerak.
"Sebelum ini saya kerja sebagai tukang cuci selama 10 tahun dan ada pendapatan. Tapi kini bergantung sepenuh pada bantuan zakat. Jika tidak cukup kadang-kadang terpaksa pinjam.
"Jika ada peluang pekerjaan yang berdekatan dengan rumah mungkin memudahkan saya untuk menjenguk isteri di rumah yang ditemani anak," katanya.
Sementara itu, Sarina berkata, dia bimbang memikirkan persiapan persekolahan anak tunggalnya tahun depan kerana harga kelengkapan persekolahan semakin mahal walaupun Muhammad Iman Nabihan turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100.
"Duit yang ada perlu digunakan untuk kos perubatan saya seperti membeli jarum suntikan insulin sebanyak RM70 sebulan. Kadang-kadang saya terpaksa menggunakan jarum yang sama walaupun doktor menasihatkan saya risiko jangkitan," katanya.
Jaafar dan Muhammad Iman Nabihan melihat ubat dan jarum insulin yang perlu diambil dan digunakan oleh Sarina pada setiap hari.
Salina berkata, dia sangat berharap dapat berpindah ke rumah yang lebih selesa namun mereka tidak mampu untuk membayar sewa.
Bagi mereka yang mahu membantu keluarga ini, boleh menghubungi Jaafar menerusi nombor 01112426279 atau menyalurkan bantuan ke nombor akaun BSN (0210041000284684).
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam