Hartalega sahkan 35 pekerja positif Covid-19

Iklan

SHAH ALAM - Syarikat Hartalega Holdings Bhd mengesahkan seramai 35 pekerjanya dijangkiti Covid-19 membabitkan 20 orang petugas pusat operasi syarikat di Bestari Jaya dan selebihnya dari kompleks pembuatan sarung tangan di Sepang.

Hartalega dalam satu kenyataan berkata, kesemua pekerja berkenaan kini menjalani rawatan di sebuah pusat kesihatan kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kesemua kontak rapat mereka dalam 14 hari lalu sudah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin sebelum dibenarkan kembali bekerja.

"Setakat ini, seramai 8,772 kakitangan Hartalega telah menjalani ujian Covid-19 termasuk vendor luar seperti anggota keselamatan dan pengusaha kantin.

Iklan

"Operasi pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan berkenaan turut dilakukan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Kuan Mun Leong turut membuat pemantauan lebih ketat bagi membolehkan Hartalega mencatatkan kadar positif rendah iaitu hanya 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerjanya.

Iklan

"Pihak kami akan terus mengkaji cara memperbaiki langkah pencegahan Covid-19 dan sedang berusaha untuk melaksanakan ujian ‘Antigen Rapid Test’ secara berkala untuk semua pekerja,” katanya.