SHAH ALAM - Sekumpulan pencuri melarikan wang tunai berjumlah RM260,000 daripada sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) selepas mereka memecah masuk sebuah kedai serbaneka di Meru, Klang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, seramai empat hingga lima suspek disyaki terlibat memecahkan mesin ATM di dalam premis terbabit menggunakan gas Oxyacetylene.