'Sesen pun saya tak terima, alih-alih kena caci'

Iklan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Tular hari ini seorang usahawan mendakwa 'ditipu' oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Terkejut dengan dakwaan itu, menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menafikan dakwaan usawahan lelaki berkenaan menerusi laman sosialnya.

Iklan
Iklan

Menyifatkan perkara itu suatu tuduhan, Syed Saddiq nyata kecewa kerana dakwanya, usaha beliau untuk membantu produk usahawan tempatan agar dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, tidak dihargai oleh usahawan berkenaan sebaliknya beliau pula dihina dan dicaci.

"Sesen pun saya tak terima. Kredit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh Jawatankuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda.

Iklan

"Saya lakukan semua bagi membantu dia. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7-Eleven dan ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke rangkaian mereka, termasuk Hausboom. Sebelum ni bukan main susah, Alhamdulillah, perlahan-lahan ia berubah.

"Pagi tadi, saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/menteri termasuk dengan profil perniagaan dan produknya yang saya usaha untuk masuk rangkaian 7-Eleven dan yang lain, mencaci saya kerana tidak membantu dia,” kata Ahli Parlimen Muar itu.

Iklan

Tidak mahu memanjangkan isu itu, Syed Saddiq berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan untuk membayar semula kos penajaan yang dikeluarkan usahawan berkenaan.

Syed Saddiq menjelaskan perkara itu bagi menjawab tuduhan usahawan Azri Zahier Azmi yang juga merupakan

pemilik jenama Hausboom, yang sebelum itu menulis di Facebooknya bahawa KBS 'menipunya' kerana menjanjikan promosi produk termasuk di Instagram Syed Saddiq, namun tidak melakukan seperti yang dijanjikan.