KDN teliti jenis kamera badan untuk kegunaan PDRM

Iklan
Abdul Hamid ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
 - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih meneliti beberapa jenis kamera badan yang ditawarkan beberapa syarikat peralatan itu untuk digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

"Kami masih menunggu lagi untuk (kelulusan) peruntukan bagi mendapatkan peralatan (kamera badan) berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan ada beberapa syarikat telah pun menawarkan beberapa jenis kamera badan. Pihak kementerian (juga) sedang meneliti untuk memilih mana yang terbaik untuk digunakan PDRM," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Pada Julai lepas, Abdul Hamid dilaporkan berkata, PDRM sedang dalam proses perolehan kemudahan itu di peringkat KDN untuk digunakan anggota polis ketika membuat rondaan terutamanya di kawasan bandar raya.

Iklan
Iklan

Selain kemudahan kamera badan untuk anggota polis ketika bertugas, kesemua kereta peronda PDRM juga akan dilengkapi dengan kemudahan kamera. - Bernama