Pas guna logo sendiri pada PRU15: Nik Muhammad Zawawi

Iklan
Nik Muhammad Zawawi

SHAH ALAM - Pas dilaporkan akan menggunakan logo parti mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun parti itu kini berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Dewan Ulamak Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia merupakan kata sepakat yang dicapai hasil perbincangan bersama bersama pimpinan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita buat keputusan guna logo masing-masing berdasarkan sebab dan hujah sendiri,” kata Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh seperti dilaporkan portal PNBBC hari ini.

Nik Muhammad Zawawi yang menjangkakan PRU15 diadakan Mac tahun depan berkata, Pas sudah bersedia dari semua aspek termasuk pembahagian kerusi dengan UMNO berdasarkan persefahaman dalam Muafakat Nasional.

Iklan

Katanya, parti itu juga berpendapat PRU15 perlu disegerakan bagi menyelesaikan semua kemelut yang melanda negara ketika ini.

"Pembahagian kerusi UMNO dan Pas sudah selesai (kira-kira) 80 peratus secara mudahnya (selesai). Tinggal UMNO dengan Bersatu sahaja ada konflik sikit,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Pas dan UMNO tidak akan bertembung kerusi sama ada di Parlimen atau pun Dewan Undangan Negeri (DUN)

"Macam mana hendak bertembung sebab kita sudah ada perjanjian. Apabila peringkat pusat buat keputusan, kena patuh kerana watikah sudah ditandatangani. Kalau nak masuk (bertanding) juga bertandinglah bebas," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai hubungan Bersatu dengan UMNO, Nik Zawawi berkata, Pas akan terus memainkan peranan sebagai 'orang tengah' dan 'pendamai' demi kelangsungan rakyat dan umat Islam.

"Kita kena berlapang dada dalam politik sebab sasaran kita untuk jangka masa panjang untuk umat Islam.

"(Jika) Pas dan UMNO sahaja, kita boleh dapat simple majoriti dan kalau Pas, UMNO dan Bersatu kita akan dua pertiga.

"Sebab itulah penting untuk campur tangan (pendamai) atau jadi orang tengah, atas tanggungjawab agama, atas tanggungjawab prinsip dan dasar yang didokong oleh Pas maka nak tak nak kita kena jadi pendamai," katanya.