Bayi ditinggal tepi Lebuhraya Kesas

Iklan
Bayi perempuan ini telah dibawa ke HTAR untuk rawatan sebelum diserah kepada JKM.

KLANG - Seorang bayi perempuan cukup sifat ditemui ditinggalkan di tepi jalan persimpangan Lebuhraya Kesas menuju Bandar Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bayi dianggarkan berusia satu hari itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari oleh seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bayi yang sihat dan bersih itu ditemui dalam balutan kain selimut.

"Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Shamsul Amar berkata, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan individu terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan

Iklan

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan," katanya.