Kolej Elektoral sahkan kemenangan Biden

Iklan
Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (kanan) disahkan oleh Kolej Elektoral memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan menewaskan Presiden Donald Trump. - Foto AFP

WASHINGTON - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan sebagai Presiden negara itu yang ke-46 selepas badan pemilih iaitu Kolej Elektoral mengesahkan kemenangannya semalam.

Biden daripada parti Demokrat menewaskan Presiden Donald Trump yang mewakili parti Republikan pada pilihan raya Presiden AS 3 November lalu sekali gus mengakhiri peluang Trump untuk menukar keputusan tersebut.

Iklan
Iklan

Anggota-anggota Kolej Elektoral dari seluruh negeri AS mengiktiraf kemenangan bekas Naib Presiden negara tersebut yang memperoleh lebih 270 undi elektoral sekali gus membuka jalan untuknya menjadi Presiden pada 20 Januari tahun depan.

Menurut pengiraan yang didedahkan media sebelum ini, Biden memperoleh 306 undi elektoral, manakala Trump mendapat 232 undi elektoral.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin kulit hitam barisi Kabinet Biden

Joe Biden dan isu Palestin

Iklan

Biden nilai semula hubungan AS-Arab Saudi

Bagaimanapun, Trump mengumumkan bahawa Peguam Negara, Bill Barr tidak lagi akan berkhidmat pada minggu depan.

Barr sebelum ini bertentangan pendapat berhubung dakwaan Presiden AS itu bahawa pilihan raya Presiden yang diadakan pada November lalu telah dicemari dengan penipuan.

Seorang pegawai pentadbiran Presiden AS menyatakan Peguam Negara itu meletakkan jawatan atas kemahuannya sendiri.

Badan pemilih iaitu Kolej Elektoral yang kewujudannya sudah lebih 200 tahun itu secara formaliti bertemu untuk mengesahkan kemenangan Biden tetapi proses pemilihan Presiden AS kali ini penting disebabkan oleh Trump enggan mengaku kalah kepada Biden.

Sebanyak 20 undi elektoral diperlukan bagi memenangi jawatan Presiden AS.

"Demokrasi wujud. Kita merupakan penduduk yang mengundi. Integriti pilihan raya kami kekal tidak rosak," katanya Biden seperti dipetik daripada satu kenyataannya sebelum beliau berucap di rumahnya di bandar Wilmington, Delaware.

"Kini adalah masanya untuk berubah, bersatu, menyembuhkan (AS). Saya akan menjadi seorang Presiden untuk semua rakyat Amerika," kata kenyataan ucapannya itu seperti dipetik oleh AFP.

Walaupun dikalahkan oleh Biden pada 3 November lalu, Trump terus membuat dakwaan tanpa bukti bahawa beliau merupakan pemenang sebenar dalam pilihan raya tersebut.

Beberapa mahkamah di AS telah menafikan dakwaan parti Republikan tentang dakwaan bahawa telah berlaku penipuan undi pada pilihan raya tersebut.

Mahkamah Agung AS juga membuang satu kes rayuan yang dikemukakan oleh sekutu-sekutu Trump dari Texas dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti Repulikan.

Sehingga kini, majoriti anggota parti Republikan di Kongres AS sama ada menyokong Trump atau menutup mata mereka dengan ramai daripadanya enggan mengaku kemenangan Biden.

Sebelum Biden mengangkat sumpah jawatan, satu lagi prosedur formaliti yang masih belum dilakukan ialah apabila Kongres AS yang dipengerusikan oleh Naib Presiden AS, Mike Pence akan mengira jumlah undi elektoral tersebut pada 6 Januari tahun depan.

Trump hanya menjadi Presiden AS selama sepenggal selepas menewaskan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton pada pilihan raya Presiden pada tahun 2016. - Agensi