KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada esok dan Khamis akan bersidang dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Ketika mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (1).
Iklan
Iklan
Usul itu dipersetujui di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Takiyuddin turut mengemukakan usul merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16 (6) bagi membolehkan persidangan kamar khas pada Rabu (16 Disember) dan Khamis (17 Disember) diawalkan ke jam 12 tengah hari hingga 2 petang atau setelah selesai urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kamar Khas.
Selain itu, usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 24(5A), 24A(5) dan 24A(7) bagi membolehkan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dipendekkan kepada 10 minit dengan ahli yang mengeluarkan pertanyaan akan dipanggil untuk membaca soalan dan kemudian dijawab menteri dengan tiada pertanyaan tambahan pada Khamis.
"Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 19 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa beberapa peraturan mesyuarat," katanya. - Bernama