Hotel Zenith ditutup, pekerja positif Covid-19

Iklan
Kenyataan dari laman sesawang rasmi Hotel Zenith Kuantan.

KUANTAN – Hotel Zenith di sini pada Isnin menutup operasi harian untuk tempoh sementara selepas salah seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Pengurusan hotel tersebut menerusi kenyataan di laman sesawangnya di kuantan.thezenithhotel.com berkata, pekerja berkenaan kini dirawat di hospital selepas mengalami gangguan pernafasan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak melakukan kontak rapat bersama pekerja lain di premis tersebut sebelum disahkan positif.

"Pihak hotel sedang bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan untuk melakukan langkah seterusnya bagi mengawal risiko jangkitan serta langkah pembasmian kuman.

Iklan

"Dengan itu, pihak kami mengumumkan penutupan sementara premis hotel ini bagi membolehkan langkah-langkah nyahkuman dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai urusan di hotel tersebut boleh menghubungi Pengarah Operasi, Eddie Sani melalui talian 09-565 9595 untuk keterangan lanjut.

Iklan