Perbualan Whatsapp Takiyuddin, Tengku Zafrul dipetik di luar konteks

Iklan
Tangkap layar perbualan melalui WhatsApp antara Takiyuddin dan Zafrul yang tular di media sosial.

SHAH ALAM - Tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan projek pembangunan di Kedah sengaja dipetik di luar konteks.

Setiausaha Politik Takiyuddin, Wan Rohimi Wan Daud dalam satu kenyataan berkata, perbualan berkenaan ditularkan dengan niat curang bagi membina persepsi negatif dan mencemarkan nama baik pihak berkaitan.

Iklan
Iklan

"Adalah dimaklumkan bahawa Takiyuddin telah dilantik Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa mulai 1 September 2020.

"Selaras dengan pelantikan itu, adalah menjadi tugas Takiyuddin selaku menteri penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kedah untuk menjalankan tugas," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular satu cetakan perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Takiyuddin dan Zafrul berkaitan penglibatan anak syarikat kerajaan negeri Kedah Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan penglibatan rakan usahasama (JV) Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di negeri berkenaan.

Tangkap layar perbualan melalui WhatsApp antara Takiyuddin dan Zafrul yang tular di media sosial.

Ia kemudian mencetuskan dakwaan di media sosial bahawa Takiyuddin menjadi ejen kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam membuat rundingan secara terus terhadap projek berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Rohimi dalam masa sama turut menyenaraikan lima tugas Takiyuddin sebagai menteri penyelaras antaranya yang pertama adalah memperkukuhkan kedudukan dan perhubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dengan penyampaian maklumat tepat agar selari dengan dasar negara.

Selain itu, Wan Rohimi berkata, tugas lain Takiyuddin ialah sebagai pemudah cara terhadap isu-isu berbangkit sama ada menerusi program, projek pembangunan antara kementerian, jabatan, agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kedah.

"Beliau juga menjadi pemudah cara kepada urusan penyaluran bantuan kebajikan kepada rakyat negeri Kedah daripada kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, tugasnya sebagai Pengerusi bersama Menteri Besar Kedah berhubung pengurusan bencana dan yang diarahkan oleh Perdana Menteri dari masa ke masa melibatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kedah," katanya.