KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu berkata, ia diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.