'Pandangan Tun Mahathir, Ku Li tak tepat'

Iklan
Dr Mahathir (kiri) dan Tengku Razaleigh ketika mengadakan sidang media Yayasan Al Bukhary di sini semalam.

KUANTAN - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa ahli-ahli politik dalam jemaah Kabinet ketika ini hanya untuk mencari kekayaan dan bukan untuk memajukan negara adalah tidak tepat.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini melakukan sehabis baik demi rakyat, malah tiada masa untuk memikirkan strategi menambah kekayaan diri sendiri atau kroni.

Iklan
Iklan
Abdul Rahman Mohamad

"Kerajaan ini sedang membangunkan negara melalui pembinaan sahsiah, menentang virus maut yang tidak nampak, memperluas sektor industri kecil sederhana dalam aliran ekonomi negara dan mengurangkan peratus pengangguran, bukan membina bangunan pencakar langit atau sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tidak diberitahu mengenai kerjasama Tun M dengan Ku Li

Ku Li yakin mampu tarik ahli parlimen BN tolak Belanjawan 2021 esok

Iklan

Tun M-Ku Li bergabung gagalkan Anwar jadi PM?

Kerajaan berisiko tumbang esok: Dr Mahathir

Iklan

"Kita berusaha siang malam agar rakyat tidak terkorban akibat pandemik ini dan poket terus terisi untuk saraan harian mereka," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, apa yang disebut kedua-dua pemimpin itu hanyalah mengenai impak negatif oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Bagi saya, impak negatif itu hasil kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sibuk mencari salah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu sehingga terlupa untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

"Saya penuh yakin dan percaya, sekiranya pandemik Covid-19 ini tidak berlaku, kerajaan PN hasil kerjasama BN, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mampu bekerja jauh lebih hebat," katanya.