Dua bot nelayan Malaysia ditahan di Selat Malaka

Iklan
Gambar hiasan.

JAKARTA - INDONESIA. - Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan bot nelayan asing dipercayai dari Malaysia di perairan Zona Ekonomi Eksklusif Indonesia (ZEEI) di Selat Malaka, Sabtu lalu.

Jenderal Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan (PSDKP) Nilanto Perbowo, berkata penahanan bot tersebut dilakukan oleh Kapal Pengawas Perikanan Hiu 012 ketika membuat operasi membanteras kegiatan penangkapan ikan secara haram di Wilayah Pengelolaan Perikanan Indonesia.

Iklan
Iklan

"Dua bot ditahan dengan tertera bendera Malaysia. Namun juragan dan awak-awak bot berkenaan adalah warga Thailand.

"Kedua-dua bot tersebut didapati melakukan penangkapan haram di perairan negara ini tanpa permit sah serta menggunakan alat tangkapan yang di larang oleh kerajaan Indonesia," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya bot-bot tersebut ditunda ke Pangkalan Lampulo untuk proses siasatan dan undang-undang oleh Pegawai Negeri Sipil (PPNS) Perikanan. -Tribunnews