'Ikan berkepala buaya' muncul di Sabak Bernam

Iklan
Seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang di sini hari ini.

SUNGAI LANG - Seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang di sini hari ini.

Sebuah laman Facebook memuat naik status memaklumkan, seorang nelayan menemui ikan ganjil berkenaan.

Iklan
Iklan

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengguna Facebook lain.

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Muhammad Aizat memberitahu, spesies ikan itu dikenali ‘Aligator Gar’.

Iklan
Sebuah laman Facebook memuat naik status berhubung penemuan ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang.

"(Ini spesies) Aligator Gar. Habitat asal Sungai Amazon," katanya.

Hasil semakan Sinar Harian mendapati beberapa gambar yang dimuat naik itu sama dengan gambar pada imej enjin carian Google.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perikanan berhubung penemuan itu.