IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas antara yang dilantik semula sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak hari ini.
ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini.
Selain mereka, dua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) turut kembali dilantik sebagai Exco.