ADUN PN, PH hadir taklimat Belanjawan Perak 2021

Iklan
Saarani (kanan) bersama ADUN PN dan PH yang hadir pada sesi Taklimat Belanjawan Perak 2021 di Ipoh pada Selasa.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) hadir bersama dalam taklimat Belanjawan Perak 2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina di sini hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, hampir kesemua ADUN dan wakil ADUN hadir dalam taklimat belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok.

Iklan
Iklan

Menurutnya, taklimat kepada semua ADUN itu merupakan yang pertama kali dilaksanakan kerana sebelum ini ia dibuat selepas belanjawan dibentangkan.

"Taklimat ini bukanlah merupakan kandungan sepenuhnya sebab belanjawan sebenarnya akan dibentangkan pada petang esok (hari ini). Jadi apa yang kita kemukakan tadi kepada ADUN-ADUN merupakan maklumat awal dengan tujuan semasa mereka membahaskan nanti mereka mengambil kira maklumat awal yang diberikan tadi.

Iklan

"Jadi kita harap apabila ADUN-ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan, mereka membahaskan kepada angka-angka dan fakta yang telah diberikan menerusi taklimat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saarani berkata, ketika taklimat tersebut juga beberapa pandangan dan maklum balas diberikan oleh ADUN mengenai belanjawan yang akan dibentangkan itu malah perkara tersebut akan diambil kira untuk menambah baik di dalam ucapan belanjawan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Nazrin perkenan Saarani sebagai MB Perak

Iklan