Tujuh peniaga dikenakan kompaun

Iklan
Operasi KPDNHEP meninjau kesalahan peniaga di berapa premis.

SHAH ALAM - Tujuh peniaga dikesan melakukan kesalahan dengan mengambil kesempatan pada hari pertama perayaan Tahun Baharu Cina ketika menjalankan urus niaga mereka.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor, Azman Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat kes melibatkan alat timbang yang telah tamat tempoh penentusahan dan tiga kes melibatkan tidak meletakkan tanda harga.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua tujuh peniaga telah dikenakan kompaun serta merta dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1,000.

"Saya bersama-sama 60 anggota penguatkuasa seluruh negeri Selangor telah turun ke premis-premis perniagaan pelbagai kategori bagi memastikan pengguna mendapat hak mereka. Antara premis yang kami lawati adalah pasar-pasar utama, pasaraya, mini market, kedai-kedai runcit dan termasuk juga pemborong.

Iklan

"Hasil lawatan dan pemeriksaan ke atas 397 premis pada hari ini (semalam), terdapat tujuh peniaga yang masih berdegil dan mengambil kesempatan pada hari cuti umum ini dengan melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan.

Selain itu, Azman turut menasihati para peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan dalam menjalankan urusniaga demi memastikan pengguna mendapatkan hak mereka.

Iklan

"Disamping memastikan bekalan barangan asas mencukupi, KPDNHEP Selangor juga bertanggungjawab memastikan peniaga mematuhi harga siling yang ditetapkan ke atas 13 jenis barangan harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina.

"Pengguna juga diminta untuk sentiasa menjadi pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan dalam membuat pembelian ke atas apa-apa barangan keperluan dan jika dikhuatiri ada kesalahan di pihak peniaga, mohon untuk salurkan aduan kepada kami melalui portal eaduan.kpdnhep.gov.my atau mana-mana saluran yang ada," katanya.