Arteta kritik disiplin Xhaka

Iklan
Insiden Xhaka mencekik leher Westwood sehingga dilayangkan kad merah pada aksi di Stadium Emirates awal pagi Isnin.

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengkritik tahap disiplin pemain tengahnya, Granit Xhaka selepas Arsenal tewas 0-1 kepada Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates awal pagi Isnin.

Menurutnya, ketiadaan Xhaka yang dibuang padang pada minit ke-65 kerana mengasari pemain Burnley memberikan impak negatif kepada pasukan itu.

Iklan
Iklan

"Anda melihat persembahan pemain dan jelas mereka mahukan kemenangan dengan beberapa peluang yang kami lakukan. Namun, kemudiannya kami mensia-siakan dengan kad merah yang diterima Xhaka.

"Kami mengawal perlawanan selama 60 hingga 70 minit dan seharusnya memenangi perlawanan lebih awal. (Itu) penguasaan sepenuhnya dari awal hingga saat Xhaka dilayangkan kad merah," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol di gawang yang salah pada minit ke-73 untuk memberikan tiga mata kepada Burnley.

Kekalahan Arsenal itu menyaksikan The Gunners telah tewas empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri - aksi paling buruk sejak 1960 selain kemenangan pertama Burnley di Emirates sejak era EPL bermula.

Iklan

Dalam pada itu, Arteta menegaskan Xhaka perlu bertanggungjawab dengan kesilapannya itu dan perlu memohon maaf kepada semua pemain pasukan.

"Saya akan katakan perkara sama seperti ketika Pepe dilayangkan kad merah baru-baru ini. Dalam keadaan ini saya sifatkan ia lebih buruk.

"Saya rasa ia berkait rapat dengan semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan ini sehingga dia mengambil keputusan itu sekali gus dilayangkan kad merah. Saya percaya dia akan mengaku salah," katanya.

Arsenal ketika ini berada di kedudukan ke-15 liga dan hanya mampu mencatatkan empat kemenangan daripada 12 perlawanan.