Pemimpin Amanah perlu agresif tangani hal ehwal Islam

Iklan
Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

MERU - Pimpinan Amanah perlu agresif dalam menangani hal ehwal umat Islam termasuk segera menyelesaikan isu sensitif yang timbul berkaitan agama.

Mengulas hasil kajian bebas oleh Ilham Centre dan Penang Institute, Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, tindakan segera juga perlu dilakukan pemimpin parti bagi mengimbangi pengaruh rakyat kepada Pas.

Iklan
Iklan

Menerusi kajian dilakukan firma penyelidik bebas itu, dapatan hasil menunjukkan Pas mendahului semua parti yang menjadi pilihan rakyat sebagai pelindung Melayu Islam.

Namun isu terkini berkaitan penarikan saman oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report kembali membuka ruang yang akan mengubah peratusan sokongan terhadap Pas.

Iklan

"Sebagai rakan sekutu baharu BN, Pas menguatkan pengaruh mereka di kawasan pedalaman terutama di pantai timur dan utara semenanjung.

"Justeru, pimpinan Amanah wajib mendekati umat Islam, turun padang dan mendekati rakyat dengan akhlak serta budi pekerti mulia, membawa kesantunan tinggi serta kefahaman Islam yang benar," katanya.

Iklan

Katanya, sebagai parti Islam yang sedang menggantikan Pas di masa hadapan, Amanah harus agresif dalam tangani isu-isu umat Islam termasuk yang sensitif pada padangan orang Melayu Islam.

"Pimpinan Amanah juga wajib menjuarai isu Melayu dan agama Islam, fitnah yang dilempar melalui mimbar masjid, media sosial, ceramah tanpa asas fakta yang benar mesti dijawab dengan hikmah dengan keterangan yang jelas.

"Rakyat dahagakan model pemimpin Islam yang mampu memberikan jalan keluar dari kemelut yang mereka hadapi," katanya.

Tambah beliau, pemimpin yang memimpin dengan kasih sayang, dakwah dan menghormati antara satu sama lain juga menhadi harapan rakyat pada masa kini.

"Umat Islam benci kepada mereka yang suka menghasut, menabur fitnah, bersikap keras dan suka menghukum, menghina dan mencaci seperti segelintir pemimpin Islam sekarang.

Terdahulu, Ilham Centre menerusi akaun Facebooknya menyatakan hasil tinjauan terhadap 2,614 responden Melayu-Islam mendapati Pas mendahului Umno sebagai pelindung kepada isu mengenai Melayu dan Islam.

Felo dan Ketua Penyelidikan Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, hampir 30 peratus orang Melayu-Islam memilih Pas berbanding hanya 27 peratus untuk Umno.

Tinjauan itu dilaksanakan antara 1 Oktober hingga 24 Disember membabitkan 2,614 responden di seluruh negara.