Boeing perkenal kaedah basmi Covid-19 dengan haba

Iklan
Penggunaan haba ke permukaan, terutama pada peralatan dek pesawat yang sukar dibersihkan, dapat menghilangkan SARS-CoV-2 dengan efektif.

SAN FRANCISCO - Boeing pada Selasa mengumumkan ia bekerjasama dengan Universiti Arizona Amerika Syarikat untuk menerapkan teknik lama dalam memerangi Covid-19.

Penyelidik mengesahkan bahawa penggunaan haba ke permukaan, terutama pada peralatan dek pesawat yang sukar dibersihkan, dapat menghilangkan SARS-CoV-2 dengan efektif, lapor Agensi Berita Xinhua memetik pengumuman itu.

Iklan
Iklan

Dapatan kajian menunjukkan 99.99 peratus virus itu dapat dimusnahkan setelah tiga jam terdedah kepada suhu 50 darjah celsius (120 darjah fahrenheit).

Ia masih dapat dihapuskan dengan berkesan melebihi 99.99 peratus apabila terdedah kepada suhu 40 darjah celsius (104 darjah fahrenheit).

Iklan

"Keselamatan penumpang dan anak kapal dari kabin hingga dek penerbangan adalah keutamaan kami," kata Ketua Inisiatif Jaminan Penerbangan Boeing (CTI).

"Pembasmian kuman haba memberi pilihan lain dalam memusnahkan Covid-19 pada komponen sensitif dan sukar dicapai yang melindungi juruterbang."

Iklan

Boeing menyelesaikan ujian dilakukan di persekitaran makmal yang dilindungi di universiti itu dengan menggunakan bahagian dek penerbangan dan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, pada musim luruh ini.

"Pada asasnya kami memasak virus itu," kata ahli mikrobiologi Universiti Arizona dan pakar penyakit berjangkit, Charles Gerba."Pembasmian kuman haba adalah satu daripada cara tertua untuk membunuh mikro-organisma penyebab penyakit. Ia digunakan oleh ahli mikrobiologi di makmal kami setiap hari."

Dek penerbangan direka untuk menahan suhu hingga 160 darjah fahrenheit (kira-kira 70 darjah celsius), membolehkan pembasmian kuman termal sebagai kaedah pembersihan yang selamat, praktikal dan berkesan, kata Boeing.

-Bernama