SEBUAH kedai amal atau dikenali pop-up yang mendapat sokongan dari aktres terkenal Julia Roberts kini di buka di London.
Kedai 'Choose Love' dikendalikan oleh badan amal 'Help Refugees' dibuka di Jalan Carnaby dan cawangan kedua akan dibuka di West Broadway, New York pada hari Selasa.
Ketua Eksekutif Amal, Josie Naughton, berkata, ketika pelanggan memasuki kedai itu, mereka tidak membawa pulang selimut, jaket sebaliknya hanya membawa pulang perasaan sayang dan tulus ikhlas.
'Help Refugees' berkata, wang yang dikumpul itu akan disumbangkan kepada pelarian.
Malah lebih murni, pekerja menjaga lot kedai itu merupakan sukarelawan dan khidmat mereka adalah percuma.
Baru-baru ini bintang pelakon 'Pretty Woman' telah membantu mempromosikan dengan memakai T-shirt 'Choose Love' ketika menghadiri acara permaidani merah dan memuatnaik rakaman mengayakan T-shirt itu di media sosial.
Difahamkan, kedai tersebut berjaya meraih lebih £ 750,000 (RM4 juta) ketika kali pertama dibuka tahun lalu. -Reuters