'Kerana saya kecewa...' : Azri Zahier

Iklan
Paparan Facebook Azri Zahier Azmi

SHAH ALAM - Usahawan terpalit kontroversi mendakwa 'ditipu' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil menjelaskan situasi sebenar di laman sosial Facebook miliknya.

Menurut usahawan berkenaan, Azri Zahier Azmi beliau kecewa dengan janji dan harapan yang diberikan oleh pihak menteri tentang promosi yang akan diberikan selepas menaja minuman percuma.

Iklan
Iklan

"Ia juga bukan isu 'menteri tak tolong' kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

"Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.

Iklan

"4 bulan. Empat bulan 120 hari. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran mengingatkan janji tidak tertunai itu," katanya mengingatkan tentang janji yang diberikan sebelum ini.

Dalam pada itu beliau mengakui terkhilaf menggunakan bahasa kasar dalam meluahkan perasaannya, bagaimanapun katanya, beliau telah menyampaikan mesej yang cukup jelas kepada Syed Saddiq dan juga 'orang politik'.

Iklan

"Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi.

"Media sosial adalah saluran yang tepat untuk mendapatkan respon ahli politik," katanya.

Jelasnya lagi,"YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab"u are the minister”. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan sosial kempen media kami tahu jawapan sebenarnya,".

Katanya, para usahawan berniaga demi agama, bangsa dan negara; bukak kerana nama (atau undi).

"Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf atas kekasaran bahasa saya," katanya.

Azri Zahier pagi semalam mendakwa telah 'ditipu' oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Susulan itu menjawab kepada dakwaan itu Syed Saddiq berkata, beliau ternyata terkejut lantas menafikan dakwaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:'Sesen pun saya tak terima, alih-alih kena caci'