YTL Communications lancar YES Kasi Up

Iklan
Pelan YES Kasi Up Prabayar 15, dengan tempoh sah selama 30 hari, berharga RM15/sebulan untuk 10GB.

YTL Communications melancarkan inisiatif YES Kasi Up untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan aliran tunai semasa tempoh yang serba mencabar ini.

Inisiatif itu menampilkan pelan data paling mampu milik di dalam pasaran telekomunikasi dan menggunakan model rujukan pelanggan yang unik di mana pelanggan dan orang yang dirujukkan kepada YES akan mendapat ganjaran tunai.

Iklan
Iklan

Ia bersesuaian dengan nama 'kasi up' yang diberikan kepada inisiatif ini, berdasarkan kata slanga yang bermaksud sedia membantu, menyokong atau memberikan dorongan kepada mereka yang memerlukan.

Pelan YES Kasi Up Prabayar 15, dengan tempoh sah selama 30 hari, berharga RM15/sebulan untuk 10GB, menawarkan tiga faktor utama yang menjadikannya pelan pilihan terbaik, iaitu termurah di dalam pasaran telekomunikasi, menawarkan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama.

Iklan

Jika dibandingkan, pelan serupa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di dalam pasaran hari ini adalah sekitar RM30 sebulan.

Pengarah Urusan YTL Communications Datuk Yeoh Seok Hong berkata, data dianggap sebagai salah satu kemudahan asas, ianya sama penting berbanding elektrik dan air.

Iklan

Menurutnya, masa sama data dan teknologi adalah perlu bagi menjana kekayaan.

"Sebagai penyedia kemudahan, kami mesti bersikap inklusif, kami juga yakin mampu melakukan perubahan sebenar dengan menurunkan harga data dan bukannya sekadar memberikan data tambahan tetapi tetap mengekalkan harga yang tinggi.

"Dengan cara ini, barulah kita dapat menjadikan data boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau turut mengumumkan pelancaran pelan YES Kasi Up Pasca Bayar 49, dengan langganan percuma enam bulan pertama bagi kontrak selama dua tahun, pada harga RM49 untuk 100GB sebulan.

Jelasnya, isu paling meruncing bagi rakyat hari ini ialah masalah aliran tunai.

"Oleh yang demikian, kami menawarkan langganan percuma untuk enam bulan pertama dalam pelan pasca bayar kami yang membolehkan para pengguna menggunakan wang tersebut untuk barang keperluan harian penting.

"Bagi pengguna yang hanya memerlukan jumlah data yang sederhana dan lebih fleksibel, pelan prabayar RM15 sebulan, kami pastinya dapat memenuhi keperluan data mereka, sekaligus ia memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan, itulah keistimewaan Kasi Up,” katanya.

Jelasnya, pelan yang dilancarkan pada itu bukan sahaja menampilkan cara untuk rakyat menjimatkan wang mereka malahan turut mengetengahkan cara unik untuk rakyat menjana pendapatan.

"Pelanggan YES yang berjaya merujukkan YES kepada rakan mereka akan mendapat RM50 tunai bagi setiap rujukan di bawah program YES Kasi Up Rujuk dan Jana (Refer & Earn).

"Lebih istimewa lagi, rakan mereka juga akan mendapat jumlah ganjaran tunai yang sama, pelanggan bukan hanya boleh berjimat dengan YES Kasi Up, mereka juga boleh menjana pendapatan dan berkongsi hasil usaha mereka,” katanya.

Tambahnya, model program rujukan pelanggan ini sangat mudah dan boleh difahami oleh semua orang.

"Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, tiada modal diperlukan, mereka hanya rujuk YES kepada rakan serta ahli keluarga dan dapatkan ganjaran tunai," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata program tersebut adalah susulan kepada kejayaan Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL (YTL-LFH), yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 tatkala sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19.

"Yayasan YTL telah membangunkan inisiatif YTL-LFH dengan kerjasama YES dan FrogAsia, apabila tinjauan yang dijalankan olehnya menunjukkan bahawa hampir 50% ibu bapa tidak mempunyai data yang mencukupi untuk membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan di rumah.

"Pada masa sama, keluarga berpendapatan rendah juga tidak mampu menyediakan peranti untuk anak mereka semasa perintah kawalan pergerakan diumumkan, kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan sebulan selepas itu menunjukkan bahawa hampir 40 peratus pelajar tidak mempunyai akses kepada peranti untuk tujuan e-pembelajaran," katanya.

Menurutnya, setakat hari ini, lebih 400,000 kad SIM dan 100,000 telefon bimbit telah diedarkan kepada para pelajar di seluruh negara, membolehkan kesemua pelajar Malaysia tersebut meneruskan pembelajaran.

"Berdasarkan semangat yang sama, YES Kasi Up mahu memastikan bahawa tiada siapa yang akan ketinggalan dalam ekonomi yang dipacu oleh data hari ini.

"Kami meningkatkan lagi liputan dan memenuhi keperluan perhubungan negara, kami juga yakin bahawa dengan memberikan semua rakyat di negara ini akses kepada talian 100 peratus 4G, pelan data paling mampu milik dan sokongan kewangan yang sangat diperlukan, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan, jika rakyat dapat memulihkan keadaan ekonomi diri mereka, kami yakin Malaysia juga boleh berbuat demikian," katanya.