Bersatu serah isu kerusi BN kepada Muhyiddin

Iklan
Ahmad Zahid, Muhyiddin

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin proses rundingan kerusi bersama Barisan Nasional.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, pada masa sama parti itu mewujudkan pasukan berkaitan rundingan kerusi, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Di peringkat pimpinan tertinggi Bersatu, kita telah membuat beberapa perkiraan dan telah memulakan proses dalaman parti beberapa bulan lalu.

"Kita juga bersetuju memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden untuk memimpin proses ini dan ada pasukan kita bentuk,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU15 antara UMNO dan parti komponen BN telah selesai hampir 90 peratus.

Beliau berkata, tiga pusingan rundingan dilakukan di bawah Jawatankuasa Rundingan diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung perkara berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, UMNO juga mengadakan dua rundingan bersama Pas yang telah mencapai kira-kira 60 hingga 70 peratus kesefahaman.

Katanya lagi, BN bersetuju supaya rundingan bersama Bersatu disegerakan bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful yakin sekiranya ikhlas memimpin negara demi agama dan bangsa, rundingan tersebut akan berjalan dengan baik.