Pokok hiasan masjid pun kena kebas

Iklan
Rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial menunjukkan dua lelaki sedang mencabut pokok hiasan di Masjid Ar- Rahmah, Kampung Sungai Belida, Guar Chempedak, Yan.

YAN - Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes kecurian membabitkan enam pokok hiasan paku aji jenis Bogak di pekarangan Masjid Ar- Rahmah, Kampung Sungai Belida, Guar Chempedak pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian itu disedari tukang kebun masjid yang tiba sebelum Subuh kira-kira jam 5.40 pagi semalam dan terkejut apabila enam pokok hiasan terbabit hilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menampakkan imej kenderaan yang digunakan namun kelibat dua lelaki memakai topi keledar dan penutup muka dilihat sedang mencuri pokok terbabit berjaya dirakam.

"Dua lelaki disyaki masuk ke dalam pekarangan masjid melalui pintu kecil yang terletak di tepi masjid.

Iklan

"Suspek kemudian dilihat telah mencabut pokok hiasan terbabit yang ditanam di dalam pasu di tepi pintu masuk utama," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Katanya, suspek kemudian dikatakan terus ke bahagian belakang masjid dan mencabut lima lagi pokok yang berada dalam pasu berhampiran tandas.

Iklan

Rakaman CCTV tersebut kemudian tular di media sosial memaparkan dua lelaki sedang mencabut pokok hiasan terbabit.

Menurutnya, anggaran kerugian membabitkan kira-kira RM1,200.

Katanya, difahamkan pokok hiasan terbabit adalah hasil pemberian penyumbang kepada masjid dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.