Jurugambar miliki video lucah kenalan Perancis didenda RM2,500

Iklan
Padah memiliki video lucah kenalan wanitanya dalam telefon pintar, seorang jurugambar sambilan didenda RM2,500. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Padah memiliki video lucah kenalan wanitanya dalam telefon pintar, seorang jurugambar sambilan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Muhamad Danish Abdul Rahim, 23, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret M Saravanan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki satu video lucah dalam telefon pintar di sebuah unit kondominium di Taman Sri Endah, Cheras di sini pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2019.

Iklan

Atas kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Chooi Yi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Iklan

"Tindakan tertuduh telah mengaibkan mangsa yang juga seorang warga Perancis, apabila video berkenaan tersebar di laman web lucah," katanya.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar diberi hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung ibu bapa.

"Saya menyesal dan memohon maaf atas tindakan yang saya lakukan sebelum ini," katanya.