Indonesia beri vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat

Iklan
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

"Saya sampaikan bahawa vaksin Covid-19 untuk masyarakat adalah gratis (percuma).

Iklan
Iklan

"Sekali lagi gratis, tidak dikenakan biaya sama sekali," kata Jokowi menerusi siaran di laman YouTube rasmi Sekretariat Presiden hari ini.

Jokowi turut mengarahkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan pemerintah provinsi agar mengutamakan peruntukan pembiayaan vaksin itu dalam Belanjawan 2021.

Iklan

Pada 6 Disember lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China, manakala 1.8 juta dos lagi vaksin itu akan diterima pada awal Januari 2021.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin Covid-19.

Iklan

Menerusi kerjasama itu, Indonesia juga membangunkan vaksin 'Merah Putih' dan sekiranya berjaya dijangka sebanyak 290 juta dos vaksin akan dikeluarkan menjelang pertengahan 2021. - Bernama